Kehidupan awal Doug Emhoff

Emhoff dilahirkan di Bandar Raya New York di Brooklyn. Ibu bapa beliau, Barbara dan Michael Emhoff merupakan orang Yahudi.[3] Emhoff mempunyai seorang abang lelaki, Andy Emhoff dan seorang kakak perempuan, Jamie Emhoff.[4] Dari tahun 1969 hingga tahun 1981, Emhoff dibesarkan di Matawan dan Old Bridge Township, New Jersey. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Cedar Ridge sebelum berpindah bersama keluarganya ke California ketika berusia 17 tahun.[5][6][7][8][9] Emhoff menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Agoura. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Negeri California, Northridge dan ijazah Doktor Juris dari Universiti California Selatan pada tahun 1990.[10]

Rujukan

WikiPedia: Doug Emhoff http://members.calbar.ca.gov/fal/Licensee/Detail/1... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://apnews.com/1b5e33b807fe48fb9d7e7bcc79547af... https://apnews.com/article/joe-biden-donald-trump-... https://www.app.com/story/news/politics/2020/08/12... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-53758915 https://centraljersey.com/2020/11/12/vice-presiden... https://www.cnn.com/2019/06/02/politics/who-is-dou... https://www.elle.com/culture/career-politics/a2742... https://www.forbes.com/sites/danalexander/2019/08/...